Wednesday, 27 January 2016

5 CARA SIMPLE ATASI MASALAH ANAK DEGIL

Dewasa ini,ibu bapa kerap mengeluh anak mereka degil.Pening kepala mak ayah.Yang disuruh x buat,yang x disuruh itu yg dia buat.Adoyai…


5 TIPS SIMPLE
Kalau diikutkan,banyak je tips .Tapi Kami kumpulkan yang mudah dan paling penting.Baca yer …

1. Cuba memahami kehendak anak

Sebagai anak, dia hanya cuma mahukan perhatian ibu dan bapanya. Jika anda meminta dia makan dan dia menjerit tidak mahu, ini akan membuatkan anak itu menangis. Cuba fahami kehendaknya dengan meletakkan diri anda di tempatnya.

2. ‘Boleh buat sampai sini sahaja’

Lazimnya, ibu dan bapa akan memberikan kebebasan kepada anak untuk melakukan apa yang disukainya. Namun, kebebasan itu perlu ada hadnya supaya anak itu tidak membuat sesuatu yang boleh membahayakan dirinya. Jelaskan sebab anda melakukannya kerana anda menyayangi anak anda dan anda hanya lakukan yang terbaik untuknya. Sebagai contoh, jika anak suka membuat bising di dalam kereta, berikan permainan atau tablet untuk membuatkan dia senyap.

cypreme goat mik 1

3. Layan anak pada setiap masa

Berikan perhatian kepada anak anda bukan sahaja pada ketika dia nakal dan degil tetapi pada masa dia berkelakuan baik. Beritahu dia apa yang betul dan tidak betul. Selalunya apabila anak membuat kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jangan cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan beritahu dia mengapa anda marah terhadapnya.

4. Tunjukkan sikap yang baik

Tingkah laku ibu dan bapa akan mempengaruhi anak di rumah. Jangan bergaduh dan bertelagah di depan anak. Jika anda jarang bersama dengan anak di rumah, lapangkan masa bersama dengan mereka semasa menikmati makan malam dan berbual tentang aktiviti harian mereka.

5. Hidupkan suasana Islamik di rumah

Keluarga yang mementingkan agama dapat memperbaiki tingkah laku anak di rumah. Lazimkan mengerjakan solat berjemaah di rumah bersama-sama dengan anak kerana ia mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jika boleh, ajar mereka mengaji muqaddam dan al-Quran ketika mereka masih kecil.

APAKAH MAKANAN TERBAIK UNTUK ANAK?

Anak bawah 2 tahun,makan terbaik semestinya susu ibu.Susuterbaik selepas susu ibu pula adalah susu kambing.Bukan susu lembu ya.
Selepas 2 tahun, sebaik2nya berikan anak makanan yang boleh merangsang minda.Contohnya za’faran, madu, delima, kismis.

ANAK TAK SUKA ?

Ramai ibu bapa mengeluh anaknya tak nak makan makananberkhasiat.Asyik makan gula2 dan aiskrim je.Ini membimbangkan.

APAKAH JALAN PENYELESAIAN?

Kebiasaannya kami akan syorkan ibu2 berikan “CYPREME IQ GOAT MILK” kepada anak mereka.Kerana ia mengandungi 9 jenis makanan sunnah yang bagus untuk merangsang minda anak.
Contohnya GINKO BILOBA yang bentuk seperti pegaga ini berfungsi menggalakkan pengaliran darah ke otak .
gingko biloba
Za’faran yang merupakan herba termahal didunia pula merangsang pertumbuhan sel-sel otak.
saffron
Dan begitulah seterusnya fungsi2 bahan lain dalam kandungan “IQ GOAT MILK” ini.

“CYPREME IQ GOAT MILK” tidak hamis,tiada gula yang merosakkan gigi anak, rasanya sedap dan paling penting kandungannya dicipta khas untuk merangsang minda anak.
Sekarang diedarkan  sample “CYPREME IQ GOAT MILK”PERCUMA.Hanya cover kos penghantaran dan upah pembungkusan sahaja.Tawaran sehingga 31 HB 1 2015
Hubungi Puan Hajar 013-9059 668 untuk dapatkan sample PERCUMA SEKARANG !!!
1

Sunday, 24 January 2016

BANYAK ORANG YANG TIDAK SEDAR AKAN BINTIK BINTIK INI, BERHATI-HATILAH!!!



Bintik-bintik kecil pada jari bisa menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh kita, dan bisa menunjukkan apabila pada tubuh kita terdapat banyak racun.

1. Ujung jari melengkung
Seandainya kita lihat daging pada garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu berarti menandakan salah satu organ tubuh kita ada yang mengalami peradangan, juga terlampau banyak toksin dalam tubuh kita.
Pas ada kejadian ini, kita biasanya jadi emosian, karena ini menunjukkan hati kita ada masalah, terlalu banyak racun dalam hati serta jantung kita, dapat melemahkan fungsi organ tubuh yang lainnya.

2. Kuku bulat dan datar
Apabila kukumu berubah jadi bulat serta datar, itu artinya pertanda ada racun dalam lambung, mungkin ada problem pencernaan atau penyakit perut yang lain.

Rata-rata pasien ini juga ada problem gizi dan metabolism, berdampak besar pada paru-paru.
line-height: 27.9px; margin: 0px; padding: 0px;">
Bagaimanakah cara cepat menyembuhkan penyakit ini?

1. Makan banyak sayuran hijau serta buah-buahan
Buah-buahan dan sayuran hijau mempunyai efek yang baik untuk detoksifikasi. Buah serta sayuran biasanya waktu pencernaannya didalam lambung adalah 30 menit, sedangkan daging waktu pencernaannya sekitar lebih tiga jam, jadi makan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan dapat mempercepat motilitas gastrointestinal, mempercepat metabolisme, dan bisa membersihkan toksin dalam tubuh.

2. Gerakan Detox
Kenapa wanita modern kebanyakan hidup lebih lama daripada pria? Karena wanita umumnya olahraga lebih banyak ketimbang pria. Wanita yang suka belanja, suka jalan-jalan serta suka gerak biasanya mempunyai hidup yang lebih panjang umurnya dari pada pria.

Keringat serta air kencing bisa jadi detoksifikasi juga, dapat mengeluarkan racun dalam tubuh kita.

Mari kita banyak berolahraga, banyak mengeluarkan keringat serta racun dalam tubuh kita!
Semoga Bermanfaat....

Suami ‘Kunyah’ Hidung Isteri Kerana Tak Jawab Telefon

Akibat Tak Jawab Telefon, Suami ‘Makan’ Hidung Isteri | Di wilayah Shandong, China, seorang suami bertindak menggigit hidung isteri hanya kerana wanita tersebut tidak menjawab panggilan telefon darinya.

Menurut Shanghaiist.com, lelaki yang tidak dikenali itu dikatakan bergaduh dengan isterinya dan hidup berasingan di bandar Dezhou.

Suami ‘Kunyah’ Hidung Isteri Kerana Tak Jawab Telefon

Wanita itu mendakwa, suaminya itu menghubunginya pada awal pagi tetapi dia tidak menjawab panggilan tersebut kerana baru pulang dari kerja dan terlalu letih.

Suaminya marah dan berjumpa dengannya pada keesokan harinya. Kedua-dua mereka bertengkar dan secara tiba-tiba si suami menggigit hidung isterinya sehingga putus.

Akibat kecederaan serius, wanita tersebut dikejarkan ke hospital dan pihak hospital terus melakukan pembedahan untuk memperbaiki hidungnya yang putus akibat di makan suami.

Suami wanita tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Ini bukan pertama kali kejadian seumpama ini terjadi di China.

Pada tahun 2013, seorang lelaki pertengahan umur menggigit hidung isteri kerana masalah dalam rumah tangga.

Akibat Tak Jawab Telefon, Suami ‘Makan’ Hidung Isteri

Akibat Tak Jawab Telefon, Suami ‘Makan’ Hidung Isteri

Friday, 22 January 2016

Kena Tahu! Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terpasang


Siapa yang suka pasang lampu ketika tidur? Mesti ramai kan! Tapi apa yang korang tak tahu, sebenarnya ia boleh mendedahkan diri anda kepada risiko penyakit kanser!
Kajian mendapati, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin.
Ia adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.
image
Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Lepas ni, kepada wanita yang suka tidur dengan lampu terpasang, kena ubah tabiat tersebut kerana ia meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.
image
Bukan itu je, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu. Kesannya, anda akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme, serta sukar untuk menurunkan berat badan.
Jadi, pada mereka yang masih tidur dengan lampu terpasang tu,  perlulah belajar untuk tidur dalam gelap, demi kesihatan.
P/S: Dulu admin pun takut tidur dalam gelap, mana tahu ada makhluk ‘muka hodoh’ dekat sebelah.

10 Perkara Korang Perlu Buat Bila Usia Dah Cecah 30 Tahun!


Bila masuk je tahun baru, usia kita pun akan bertambah. Ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu mereka lakukan bila pada usia 30 tahun.
Bila usia dah mencecah 30 tahun, dah kena fikir tentang masa depan. Yang mana belum kahwin tu, kahwin la cepat-cepat.
Jadi, masukkan 10 perkara penting ini dalam check list azam tahun 2016 anda!

1. Simpan duit

1
Kena simpan walapun jumlahnya sikit. Malu la kalau umur dah 30 tahun, karier pun dah stabil tapi masih tak ada wang simpanan. Jangan bazirkan wang tak tentu hala.

2. Perbaiki hubungan keluarga

2
Kalau sebelum ni bergaduh dengan adik-beradik, baiki hubungan tersebut. Ikatan keluarga paling penting. Apa pun yang jadi, keluarga la tulang belakang anda.

3. Jangan tangguh impian

3
Nak kahwin, sambung belajar, tukar kerja lain, sila buat sekarang. Umur tu dah 30 ok. Jangan tangguh. Kalau ada impian ke Makkah lakukan ketika muda, waktu badan tu sihat dan bertenaga.

4. Berhenti makan benda mengarut

4
Bila umur meningkat, kesihatan pun kena lebih terjaga. Jangan la nak makan benda bukan-bukan. Kurangkan makanan segera dan jajan.

5. Bersukan

5
Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi. Pergi berjoging ke, zumba ke. Tolong jangan nak tambah berat badan sebab makin meningkat umur, makin susah nak kurus balik.

6. Jangan merokok

6
Dah la mahal, busuk dan tak baik untuk kesihatan pulak tu. Tolong la buang tabiat buruk tu.

7. Pakai krim pelindung matahari

7
Bila umur dah 30 tahun, kulit tu kena jaga. Sinaran matahari jadi punca kulit berkedut. Pakai krim pelindung matahari kalau tak nak nampak muka tu lagi tua dari usia.

8. Melancong

8
Bila kerja dah stabil dan ada simpanan, pergilah melancong sejauh mungkin. Bak kata pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan.

9. Hargai teman

9
Kawan datang dan pergi, tapi hargai la teman yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Walaupun jarang berjumpa, hubungi mereka selalu. Mana tau, mereka tu la teman ketika tua.

10. Beli rumah

10
Bila kewangan dah stabil, beli rumah anda sendiri. Ramai yang ambil remeh tentang aset penting ni. Jika beli rumah di usia 30 tahun, bila umur mencecah 50 tahun, hutang pun dah nak habis.

FAKTA: Wanita Lebih Memilih Lelaki Yang Baik Dari Rupa Yang Kacak!


Memiliki rupa paras yang kacak memang boleh buatkan wanita cair dan tak perlu susah-susah kalau nak mengorat.
Tapi, rupa yang kacak bukanlah segala-galanya. Baru-baru ini, sebuah kajian mendedahkan bahawa wanita lebih memilih lelaki yang baik jika dibandingkan dengan rupa yang kacak untuk hubungan jangka masa panjang.
Dipetik daripada Medical Daily, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology itu menyatakan bahawa lelaki yang baik dan suka melakukan kebaikan pada orang lain, lebih disukai wanita.
Kajian yang dilakukan oleh University of Worchester itu membuktikan bahawa sikap suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri merupakan sikap yang paling dicari wanita dalam memilih pasangan.
Kajian tersebut melibatkan lebih dari 200 wanita berusia awal 20-an. Kesemua wanita tersebut diberikan 12 set gambar yang menunjukkan 2 wajah lelaki dengan dengan ketampanan berbeza dan tingkah laku mereka sama ada rajin membantu atau tidak.
Berdasarkan kajian tersebut, lelaki yang rajin membantu dan ringan tulang dianggap lebih menarik di mata wanita jika dibandingkan dengan wajah yang tampan. Tapi ianya satu bonus jika lelaki tersebut memiliki wajah yang tampan serta baik hati.
Jadi, untuk wanita-wanita semua, jika nak cari pasangan, jangan la melihat pada rupa je, tengok sikap dan tingkah laku mereka dulu.

Tuesday, 11 August 2015

Barcelona 5 – 4 Sevilla: Pedro Jaringkan Gol Kemenangan


PENYERANG sasaran Manchester United, Pedro muncul sebagai hero Barcelona apabila menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya menjuarai Piala Super UEFA pada Rabu.
Pedro yang tidak diturunkan sebagai pemain utama selepas dikaitkan dengan pemindahan ke United menjaringkan gol kelima untuk Barcelona menewaskan Sevilla di Stadium Dinamo Arena.
Dalam perlawanan itu, Sevilla terlebih dahulu berada di depan seawal minit ketiga sebelum bintang bola sepak dunia, Lionel Messi kembali menyamakan kedudukan empat minit kemudian.
Perlawanan yang terus rancak kemudian menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga memaksa perlawanan dibawa ke masa tambahan.
Pedro yang dibawa masuk pada akhir perlawanan ternyata masih berbisa apabila menjaringkan gol kesembilan perlawanan dan kemenangan untuk Barcelona ketika permainan hanya berbaki enam minit.
Perlawanan menentang Sevilla dikatakan aksi terakhir Pedro bersama Barcelona sebelum urusan pemindahan dimuktamadkan pada minggu ini.
United dilapor sedia membayar sebanyak £18.4 juta dan tambahan £2.8 juta lagi kepada Barcelona bagi mendapatkan penyerang berkenaan.