Friday, 22 January 2016

Kena Tahu! Bahaya Tidur Malam Dengan Lampu Terpasang

Tags


Siapa yang suka pasang lampu ketika tidur? Mesti ramai kan! Tapi apa yang korang tak tahu, sebenarnya ia boleh mendedahkan diri anda kepada risiko penyakit kanser!
Kajian mendapati, tidur dalam keadaan cerah atau ketika lampu terpasang akan mengurangkan penghasilan hormon melatonin.
Ia adalah salah satu hormon yang berfungsi untuk mempertahankan tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser.
image
Hormon melatonin ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh jika anda tidur dalam keadaan yang cerah.
Lepas ni, kepada wanita yang suka tidur dengan lampu terpasang, kena ubah tabiat tersebut kerana ia meningkatkan risiko penyakit kanser payudara.
image
Bukan itu je, tidur dengan lampu menyala juga mengakibatkan jam biologi tubuh terganggu. Kesannya, anda akan mengalami gangguan tidur yang akhirnya boleh menyebabkan ganguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, stres dan menjejaskan metabolisme, serta sukar untuk menurunkan berat badan.
Jadi, pada mereka yang masih tidur dengan lampu terpasang tu,  perlulah belajar untuk tidur dalam gelap, demi kesihatan.
P/S: Dulu admin pun takut tidur dalam gelap, mana tahu ada makhluk ‘muka hodoh’ dekat sebelah.


EmoticonEmoticon